Tuesday, April 19, 2011

300,000 belia masih aktif cari kerja

March 26, 2011 by mail

JULAU, 26 Mac (Bernama) — Kira-kira 300,000 belia di seluruh negara masih aktif mencari pekerjaan termasuk mereka yang ingin bertukar kerja bagi mendapatkan gaji lebih tinggi.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, bagi yang masih menganggur, mereka wajar mendaftar di portal jobsmalaysia yang pada masa ini menawarkan 500,000 kekosongan jawatan membabitkan kira-kira 30,000 majikan.

“Kebanyakan kekosongan jawatan adalah dalam sektor perkhidmatan dan pengeluaran. Namun pendaftaran di portal ini adalah percuma dan mereka juga boleh mencari pekerjaan yang mereka minat serta memohon secara talian,” katanya kepada Bernama di sini.

Maznah yang ditemui selepas melancarkan Karnival Belia Sarawak 2011 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Meluan, berkata seramai 3,413 belia di negeri ini mendaftar dengan portal itu, dan sehingga Februari lepas 628 orang telah memperolehi pekerjaan.

Maznah juga menegaskan segelintir daripada mereka gagal mendapatkan pekerjaan kerana terlalu memilih.

“Ada yang menolak kerja kerana menganggap kerja itu tidak sepadan dengan kelulusan akademik. Yang lain pula tidak mahu berpindah dan mencari kerja berhampiran kampung halaman,” katanya. — Bernama

1 comment:

  1. Salam,

    Kalau masih ada yang mencari pekerjaan, boleh mencuba part time sebagai Perancang Kewangan. Boleh email saya di reduanhanif@gmail.com.

    Bagi yang berminat untuk membuat pelan simpanan untuk pendidikan anak-anak, pelan persaraan atau ingin menambahkan portfolio simpanan boleh juga email saya.

    Terima Kasih,
    Reduan
    http://cwainvestment.blogspot.com/

    ReplyDelete