Tuesday, August 17, 2010

Sijil kemahiran Malaysia untuk 300,000 pekerja

06/08/2010

KOTA KINABALU 6 Ogos - Kementerian Sumber Manusia berharap dapat mentauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada 300,000 pekerja mahir dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, sijil itu diberikan kepada rakyat tempatan yang mahir dalam sesuatu bidang melalui pengalaman bekerja terdahulu tetapi tidak mempunyai sijil.

"Pengiktirafan ini bertujuan membantu rakyat Malaysia yang sudah ada kemahiran, sama ada belajar sendiri atau mendapat kemahiran itu semasa dia bekerja dengan majikan, tetapi tiada latihan formal.

"Misalnya, bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia 1, seseorang itu mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya enam bulan dalam bidang berkenaan, SKM 2 mesti mempunyai pengalaman setahun, SKM 3 pengalaman dua tahun dan seterusnya untuk sijil ke peringkat tinggi,”katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sepanggar, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, sejak September 2000, kementerian itu sudah memberikan sijil kepada seramai 55,853 orang yang mempunyai pengalaman dan kemahiran terdahulu di seluruh negara termasuk sekitar 1,000 orang di Sabah. - Bernama

4 comments:

  1. salam..
    sy merupakan pelajar utm jurusan sn.comp(graphic and multimedia software)..kos kami akn mengadakan program global outreach pd bulan december 2010 ini, km mengharapkan kerjasama dato' agar dpt memberi sedikit sumbangan kepada program km..terdapat beberapa kelebihan yang pihak kami berikan kpd dato' jika dato' berminat untuk memberi sumbangan antaranya receipt perlepasan cukai pendapatan korporat yang diluluskan oleh lembaga hasil dalam negeri, diharapkan dato' dapat memberi email dato' agar sy boleh menghantar proposal penajaan serta dokumen2 lain dengan lebih lanjut dan teratur...

    amiranurul8@gmail.com

    p/s: pihak kami amat2 mengharapkan kerjasama dr dato' agar dpt memberi sedikit sumbangan..

    ReplyDelete
  2. Saya amat bersetuju agar sijil SKM Tahap 1 dan 2 mendapat pengiktirafan oleh JPA untuk melayakan menjawat jawatan J17 (JURUTEKNIK)di Perkhidmatan Awam.Ini memandangkan ramai tenaga mahir dapat dilahirkan dari kemahiran yang di miliki oleh pelajar yang memiliki SKM.

    ReplyDelete
  3. Yg,Bhg Dato..
    Mohon agar Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 @ 2 dapat di pertimbangkan untuk menjawat ke Perkhidmatan Awam sebagai Juruteknik J17 kerana ramai lepasan SKM tidak dpt jawatan tersebut kerana SKM TIDAK di iktiraf ke J17.Hanya yang memiliki Sijil Politeknik jer yang layak..kami pun belajar mcm dia org jugak..harap di beri pertimbangan dgn JPA tentang perkara ini.

    ReplyDelete
  4. Salam 1 Malaysia
    Saya sangat setuju jika Sijil Kemahiran Malaysia diberikan pengiktirafan oleh JPA
    Ini kerana walaupun saya mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Juruteknik Pendawaian Elektrik Tahap 1, 2 & 3 saya still susah untuk mendapatkan jawatan J17 @ J29 di dalam perkhidmatan awam atas alasan sijil saya tidak diiktiraf

    ReplyDelete